NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

December 31, 2007

Selamat Tahun Baru 2008





Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....
Kurang 24 jam lagi kita akan menyambut tahun 2008..
Saya ingin mengucapkan selamat dan semoga tahun baru akan menyelang ini akan lebih baik dari tahun lepas. Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang sudi berkunjing ke blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapat perkembangan terbaru blog ini sila tinggalkan alamat e-mail anda di blog ini. Terima kasih.

Yang benar,
JASMAN BUYUNG
mantero86.blogspot.com

December 28, 2007

10 virus terkenal di dunia

Pada tahun 2006 saja, kerugian dan kerosakan yang telah disebabkan virus dianggarkan bernilai USD13,3 juta, ia termasuk kehilangan produktiviti tenaga kerja dan turunnya pendapatan akibat kerosakkan sistem. 10 virus terkenal:


1. Morris, 1988

Salah satu worm internet pertama yang pernah ada, Morris dicipta oleh Robert T. Morris. Beliau adalah seorang mahasiswa Cornell University yang mengatakan tujuan awalnya adalah untuk mengukur besarnya internet. Dengan mengeksploitasi ke dalam Unix sendmail, Morris terus menginfeksi sebuah komputer berkali-kali dan akhirnya melumpuhkan 6,000 komputer (pada wektu itu penggunaan internet sekitar 60,000 saja). Walaupun Morris menyebabkan kerugian antara USD10 - USD100 juta, ia hanya dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan denda sebanyak USD10,050.

2. Melissa, 1999

Di cipta oleh David L. Smith, ia dinamakan sesuai dengan seorang penari Florida yang disukainya. Melissa memaksa syarikat besar seperti Microsoft, Intel Corp. dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway email mereka kerana besarnya gangguan lalu lintas yang disebabkan virus ini. Smith dikenakan hukuman 40 tahun penjara dan denda yang luar biasa besarnya. Tetapi kemudian hukumannya dikurangkan kepada 20 bulan dan denda USD5.000 karena ia setuju untuk bekerjasama dengan FBI selama beberapa tahun untuk menangkap pembuat - pembuat malware lain.

3. VBS/Loveletter, 2000

Bermula pada 4 Mei di Filipina. Worm ini tersebar ke seluruh dunia hanya dalam waktu sehari dengan menggunakan alamat email yang terdapat di komputer yang telah digunakan untuk mengirim pesanan bervirus ke target barunya. Worm ini telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5,5 juta kerana sistem email berbagai syarikat dan negara harus dimatikan untuk menghilangkan virus ini.

4. Code Red, 2001

Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web server, mengeksploitasi suatu buffer overflow dan merosakan laman web dengan teks “HELLO! Welcome to http://www.worm.com! Hacked By Chinese!” Sebuah patch berhasil dibuat setelah sebulan Code Red ini menyerang, tetapi Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2,6 juta dan menyebabkan gangguan hebat dalam akses internet, menurut Internet Storm Center.

5. Nimda, 2001

Nimda (’admin’ yang dibaca terbalik) hanya memerlukan 22 minit untuk tersebar seperti Code Red. Nimda menggunakan beberapa cara yang berbeza untuk tersebar dan mencipta email untuk menyebarkan dirinya sendiri, memancing pengguna ke web yang dijangkiti, memanfaatkan kelemahan yang ada pada Microsoft IIS dan memanfaatkan worm Sadmind atau Code Red yang sudah terinstall. Nimda menyebabkan kerugian sekitar USD635 juta.

6. SQL Slammer, 2003

25 Januari, Worm ini menggunakan kelemahan buffer overflow dalam produk database MSDE (Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server. Ia dengan cepat tersebar dengan menyalin dirinya sendiri ke seluruh dunia, menyebabkan DoS (denial of service) dan melambatkan seluruh internet. Dianggarkan sebanyak 150,000 hingga 200,000 sistem telah dijangkiti. Sama seperti Code Red, sebuah patch untuk mengatasi kelemahan pada SQL Servertelah dicipta setelah berbulan-bulan lamanya.

7. MS Blaster, 2003

Bermula pada 11 Ogos, Blaster tersebar melalui berbagai Windows OS dan menyerang laman web windowsupdate.com milik Microsoft dengan serangan DoS. Ia menyebabkan pelbagai masalah dan restart berkali-kali pada sistem yang menggunakan Windows NT, Windows XP (64-bit) dan Windows 2003. Ia telah menyrang beberapa syarikat seperti Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, Balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat serta pengguna rumah lainnya. Walaupun asalnya dikatakan dari China, tapi varian Blaster B-nya diciptakan oleh Jeffrey Lee Parson yang masih berusia 18 tahun pada masa itu, yang kemudian ditangkap kerana ia memprogramkannya untuk menghubungi sebuah domain yang berdaftar atas nama ayahnya.

8. My Doom, 2004

Email yang berisi virus ini pertama kali dikesan pada tarikh 26 Januari dan dengan cepat tersebar dengan cara menampilkan dirinya sebagai pesan error yang memiliki attachment, yang jika dibuka akan mengjangkiti sistem sekaligus mengirimkan salinan dari dirinya ke semua alamat yang ada di address book dan juga menyusupkan dirinya ke dalam file sharing Kazaa. Anehnya, MyDoom tidak mengjangkiti komputer di beberapa universitai tertentu (University of California, Berkeley; Massachusetts Institute of Technology; Rutgers University dan Stanford University) dan syarikat tertentu (Microsoft dan Symantec Corp.), tapi kemudian virus ini menyerang DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc., dianggarkan 1 juta komputer yang telah dijangkiti. Versi yang berikutnya juga menyerang search engine Google, AltaVista dan Lycos Inc.

9. Sasser, 2004

Pada 30 April, Sasser tersebar di antara komputer yang menggunakan Windows XP dan Windows 2000 dengan mengeksploitasi kelemahan buffer overflow dalam OS ini. Virus ini menyebabkan berbagai kesan yang aneh di dunia nyata, antara lain memaksa Delta Air Lines Inc. untuk membatalkan 40 penerbangan trans-Atlantic dan pembuat kereta api di Australia tertunda karena operatornya tidak dapat berkomunikasi dengan petugas pemberi signal. Pencipta Sasser iaitu seorang remaja Jerman dianggap sebagai remaja bermasalah dan diberikan hukuman 21 bulan.

10. Witty, 2004

Bemula pada 19 March, Witty adalah salah satu worm pertama yang secara spesifik menyerang software network-protection, dalam kes ini adalah produk IBM Internet Security System (BlackICE, RealSecure Desktop, RealSecure Network dan RealSecure Server Sensor). Witty juga membawa sebuah koding yang bersifat merosak, menyerang 20 ribu alamat IP secara rawak, menghapus sebahagian hard disk komputer yang dijangkiti. Kesan keseluruhan Witty masih relatif kecil kerana ia hanya menyerang produk - produk beberapa vendor di atas, akan tetapi Witty mendemonstrasikan bahawa sebuah worm dapat mempengaruhi sekumpulan komputer dan jaringan di mana para administrator telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringannya secara proaktif.

Itu adalah 10 virus di antara ribuan virus di dunia. Untuk langkah berjaga-jaga sentiasalah update anti-virus anda.

Makcik Pc ciptaan MIMOS


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan komputer ternipis di dunia hasil ciptaan terkini Mimos Bhd. (Mimos) yang dikenali sebagai ‘Makcik PC’.

Kejayaan Mimos menghasilkan komputer tablet itu sebagai bukti keupayaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mampu melonjakkan nama Malaysia di peringkat global.

Komputer ini di cipta untuk kegunaan semua lapisan masyarakat. Akhirnya terciptalah komputer yang dikenali dengan ‘Makcik PC’ ini.

Pedana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan produk itu semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan komputer itu amat istimewa dan mudah digunakan oleh semua golongan masyarakat.


Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit.

Selain untuk pasaran tempatan, komputer tersebut juga kata beliau, boleh dieksport ke luar negara.

Mimos belum dapat menjangkakan bilakah komputer tersebut akan berada di pasaran.

sumber utusan Malaysia

December 27, 2007

Cara untuk “Setting” dial-up pada komputer anda.

Cara untuk “Setting” dial-up pada komputer anda.

Untuk membuat dial-up secara manual bagi computer peribadi anda. Walaupun ia dianggap sesuatu yang mudah tapi masi ada yang tidak mengatahuinya. Jadi mari kita berlajar bersama-sama.



Langkah 1:

Open My Computer dan klik pada My Network Places.




Langkah 2:

Klik pada view network connection dan klik pada create a new connection






Langkah 3:

Klik Next dan klik pada connect to the network at my workplace. Kemudian klik pada batton Next.





Langkah 4:

Klik pada Dail-up connection dan klik pada batton Next. Kemudian isikan nama syarikat pada kotak yang disediakan dan tekan batton Next.

Contoh: TMnet, Jaring





Langkah 5:

Isikan Phone number pada kotak yang disediakan. Kemudian tekan batton Next.

Contoh: TMnet = 1515, Jaring = 1511



Paparan seperti ini akan dipaparkan.

Login Dua Akaun Yahoo Mesenger Pada Satu Komputer

Login Dua Akaun Yahoo Mesenger Pada Satu Komputer

Bagi pengguna Yahoo Mesenger Version 8 yang mempunyai dua akaun atau lebih anda boleh login dua akaun serentak menggunakan satu aplikasi yahoo mesenger dengan membuat setting di system registry.

Langkah-Langkah:

• Download dan install Yahoo Mesenger.
• Klik Start-Run dan taip “regedit” kemudian klik ok.
• Buka HKEY_CURRENT_USER - Software - Yahoo - Pager - Test .
• Klik kanan pada folder Test - New - DWORD value dan taip “Plural” sebagai nama file.
• Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru dibuat. Pada “Value data” isikan angka 1 ( untuk 2 id ) , 2 ( untuk 3 id ) dan seterusnya.
• Pastikan bahagian “Base” berada pada pilihan Hexadecimal ( 16 ).
• Kemudian klik ok untuk save setting anda.

December 26, 2007

Apabila komputer kita dihidupkan

Apabila komputer kita dihidupkan, perkara pertama yang akan dilakukan oleh komputer ialah membaca arahan yang terdapat di dalam “hard disk”. Arahan ini dikenali sebagai BIOS (Basic Input Output System). BIOS akan memberikan arahan asas kepada komputer tentang apa yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak ada BIOS, komputer tidak akan tahu apakah yang akan berlaku. BIOS akan memberitahu komputer apakah peranti/peralatan yang terdapat pada komputer .

Seterusnya komputer kita akan membaca sama ada dari “Floppy Disk”, “CD-ROM” ataupun “Hard Disk” untuk mencari Sistem Pengoperasian atau juga dikenali sebagai OS "Operating System". Biasanya arahan untuk menentukan komputer supaya mencari OS “Operating System” dari peranti yang mana dapat ditentukan didalam BIOS pada bahagian "Advance Setup". Namun BIOS yang berbeza mempunyai penetapan “setting” yang berbeza. Sila rujuk pada panduan pengguna “Mother Board” komputer anda.

Setelah itu, komputer anda akan mencari dua fail penting iaitu “Msdos.sys” dan “Io.sys”. Kedua-dua fail ini adalah fail system. Biasanya fail ini disembunyikan “hidden” agar tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Namun ada caranya untuk melihat fail ini. Seterusnya, komputer akan mencari pula fail bernama “command.com”. Fail ini mengandungi arahan yang menentukan apakah yang perlu dilakukan oleh komputer apabila menerima sesuatu arahan. Ia juga boleh dianggap sebagai polis trafik yang mengawal lalu lintas.

Bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian yang lama seperti “Dos” ataupun “Windows 3.x” biasanya komputer akan mencari dua fail yang utama iaitu “config.sys” dan “autoexec.bat”. Fail bernama “config.sys” akan memberitahu kepada komputer apakah peranti “driver” yang perlu digunakan oleh komputer. “Autoexec.bat” pula adalah satu koleksi arahan yang akan dilaksanakan serentak oleh komputer anda. Ia akan memudahkan tugas anda dimana anda tidak perlu menaip arahan yang sama setiap kali menggunakan komputer. Anda hanya perlu masukkan arahan tersebut ke dalam fail bernama “autoexec.bat” dan komputer akan melaksanakan arahan tersebut.

Bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 95 dan keatas, fail “config.sys” dan “autoexec.bat” tidak lagi penting. Malahan Windows tidak memerlukannya sama sekali. Diharapkan dengan adanya sedikit penerangan yang saya berikan di atas akan dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang bagaimana komputer berfungsi.

Apa itu Adware dan Spyware

Apa itu Adware dan Spyware

Adware

Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk “pop-up” yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware

Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

MicrosoftDefender
LavasoftAd-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

FirewallBarracuda

December 25, 2007

Tanda-tanda serangan Trojan dan Penyelesaian

TANDA-TANDA SERANGAN TROJAN dan PENYELESAIAN

1. Desktop Hijacker.About Your Policy
2. Tojan.Net-MSV/VPS
3. Trojan.Net-WMP/NMC
4. Trojan VideoCach/GEn

Ianya akan hilang sekejap apabila dibuang secara manual, iaitu dengan membuang fail shortcut di desktop komputer. Bila kita off komputer dan on kan komputer balik semula, ia akan aktif balik.

TANDA KEHADIRANNYA:

1. Wallpaper dekstop kita akan diubah
2. Di desktop ada 3 fail(yang siap dishortcutkan)
3. Internet Explorer akan terbuka secara automatik
4. Terdapat pop-up mesej? your privacy is danger?
5. Dasyhat lagi segala maklumat dalam komputer kita dipaparkan diskrin
6. Seakan dipaksa membeli antivirus atau antispyware.
7. Browser IE akan diserang habis-habisan menu security diubah (walaupun kita telah menetapkan setting HIGH)

Lokasi fail ikonnya c:windows\wmpdev.dll

PENYELESAIAN:

1. Jangan download sebarang software yang dicadangkan
2. Tutup wallpaper mereka dengan klik di penjuru kanan sebelah atas pada tanda pangkah atau close
3. Delete fail atau shorcut melalui safe mode.
4. Semasa safe mode, scan menggunakan SUPERantispyware (kebiasaannya spyware tidak aktif dalam safe mode)
5. Download http://www.superantispyware.com/?tag=SUPERANTISPYWARE
6. Jangan ubah setting change homepage (SUPERantispyware) kerana mereka juga turut melakukan hijack pada homepage utama browser kita

sumber www.kongsiblog.org

Meningkatkan prestasi Windows XP

Meningkatkan prestasi Windows XP

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Salah satu daripadanya ialah dengan menaiktaraf perkakasan komputer anda. Bagaimanapun terdapat cara lain yang lebih murah dan mudah bagi meningkatkan prestasi komputer iaitu dengan mengubah beberapa aturan sistem operasi.

Artikel ini akan menunjukkan contoh aturan sistem operasi Windows XP.

Kesan Visual

Windows XP dimuatkan dengan bermacam-macam kesan visual. Antara kesan visual yang terdapat dalam Windows XP ialah animasi menu, bayangan pada cursor, bayangan pada menu dan lain-lain. Dengan menutup semua atau sebahagian daripada kesan-kesan ini, prestasi Windows XP akan meningkat dan kurang menggunakan sumber sistem.




1) Klik Start -> Settings -> Control Panel

2) Klik ikon System

3) Pilih tab "Advanced"

4) Di bahagian Performance, klik butang "Settings"

5) Pilih "Adjust for best performance", kemudian klik "Apply"



Kesan Paparan




1) Klik Start -> Settings -> Control Panel

2) Klik ikon Display

3) Pilih tab "Desktop" dan pilih Background "None".

4) Pilih tab "Appearance" dan pilih "Windows Classic Style"

5) Klik butang "Effects" dan buangkan semua tanda pilihan.

6) klik OK


Start Menu

Selain visual dan efek, anda boleh meningkatkan kelajuan Windows XP pada bahagian Start Menu.




1) Klik kanan pada butang Start dan pilih Properties

2) Pilih "Classic Start Menu" dan klik butang "Customize..."

3) Buangkan item pilihan yang jarang anda guna.

4) Klik OK

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!