Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan komputer ternipis di dunia hasil ciptaan terkini Mimos Bhd. (Mimos) yang dikenali sebagai ‘Makcik PC’.
Kejayaan Mimos menghasilkan komputer tablet itu sebagai bukti keupayaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mampu melonjakkan nama Malaysia di peringkat global.
Komputer ini di cipta untuk kegunaan semua lapisan masyarakat. Akhirnya terciptalah komputer yang dikenali dengan ‘Makcik PC’ ini.
Pedana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan produk itu semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perdana Menteri menyifatkan komputer itu amat istimewa dan mudah digunakan oleh semua golongan masyarakat.
Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit.
Selain untuk pasaran tempatan, komputer tersebut juga kata beliau, boleh dieksport ke luar negara.
Mimos belum dapat menjangkakan bilakah komputer tersebut akan berada di pasaran.
sumber utusan Malaysia
December 28, 2007
Makcik Pc ciptaan MIMOS
Di update oleh Jasman at 10:10 AM