NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

December 25, 2007

Meningkatkan prestasi Windows XP

Meningkatkan prestasi Windows XP

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Salah satu daripadanya ialah dengan menaiktaraf perkakasan komputer anda. Bagaimanapun terdapat cara lain yang lebih murah dan mudah bagi meningkatkan prestasi komputer iaitu dengan mengubah beberapa aturan sistem operasi.

Artikel ini akan menunjukkan contoh aturan sistem operasi Windows XP.

Kesan Visual

Windows XP dimuatkan dengan bermacam-macam kesan visual. Antara kesan visual yang terdapat dalam Windows XP ialah animasi menu, bayangan pada cursor, bayangan pada menu dan lain-lain. Dengan menutup semua atau sebahagian daripada kesan-kesan ini, prestasi Windows XP akan meningkat dan kurang menggunakan sumber sistem.




1) Klik Start -> Settings -> Control Panel

2) Klik ikon System

3) Pilih tab "Advanced"

4) Di bahagian Performance, klik butang "Settings"

5) Pilih "Adjust for best performance", kemudian klik "Apply"



Kesan Paparan




1) Klik Start -> Settings -> Control Panel

2) Klik ikon Display

3) Pilih tab "Desktop" dan pilih Background "None".

4) Pilih tab "Appearance" dan pilih "Windows Classic Style"

5) Klik butang "Effects" dan buangkan semua tanda pilihan.

6) klik OK


Start Menu

Selain visual dan efek, anda boleh meningkatkan kelajuan Windows XP pada bahagian Start Menu.




1) Klik kanan pada butang Start dan pilih Properties

2) Pilih "Classic Start Menu" dan klik butang "Customize..."

3) Buangkan item pilihan yang jarang anda guna.

4) Klik OK

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!