Apabila komputer kita dihidupkan, perkara pertama yang akan dilakukan oleh komputer ialah membaca arahan yang terdapat di dalam “hard disk”. Arahan ini dikenali sebagai BIOS (Basic Input Output System). BIOS akan memberikan arahan asas kepada komputer tentang apa yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak ada BIOS, komputer tidak akan tahu apakah yang akan berlaku. BIOS akan memberitahu komputer apakah peranti/peralatan yang terdapat pada komputer .
Seterusnya komputer kita akan membaca sama ada dari “Floppy Disk”, “CD-ROM” ataupun “Hard Disk” untuk mencari Sistem Pengoperasian atau juga dikenali sebagai OS "Operating System". Biasanya arahan untuk menentukan komputer supaya mencari OS “Operating System” dari peranti yang mana dapat ditentukan didalam BIOS pada bahagian "Advance Setup". Namun BIOS yang berbeza mempunyai penetapan “setting” yang berbeza. Sila rujuk pada panduan pengguna “Mother Board” komputer anda.
Setelah itu, komputer anda akan mencari dua fail penting iaitu “Msdos.sys” dan “Io.sys”. Kedua-dua fail ini adalah fail system. Biasanya fail ini disembunyikan “hidden” agar tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Namun ada caranya untuk melihat fail ini. Seterusnya, komputer akan mencari pula fail bernama “command.com”. Fail ini mengandungi arahan yang menentukan apakah yang perlu dilakukan oleh komputer apabila menerima sesuatu arahan. Ia juga boleh dianggap sebagai polis trafik yang mengawal lalu lintas.
Bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian yang lama seperti “Dos” ataupun “Windows 3.x” biasanya komputer akan mencari dua fail yang utama iaitu “config.sys” dan “autoexec.bat”. Fail bernama “config.sys” akan memberitahu kepada komputer apakah peranti “driver” yang perlu digunakan oleh komputer. “Autoexec.bat” pula adalah satu koleksi arahan yang akan dilaksanakan serentak oleh komputer anda. Ia akan memudahkan tugas anda dimana anda tidak perlu menaip arahan yang sama setiap kali menggunakan komputer. Anda hanya perlu masukkan arahan tersebut ke dalam fail bernama “autoexec.bat” dan komputer akan melaksanakan arahan tersebut.
Bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 95 dan keatas, fail “config.sys” dan “autoexec.bat” tidak lagi penting. Malahan Windows tidak memerlukannya sama sekali. Diharapkan dengan adanya sedikit penerangan yang saya berikan di atas akan dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang bagaimana komputer berfungsi.
December 26, 2007
Apabila komputer kita dihidupkan
Di update oleh Jasman at 12:28 AM
Labels: Apabila komputer kita dihidupkan