NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

April 04, 2008

Intel Atom

Utusan Malaysia: PEMBUAT cip pemproses terbesar dunia, Intel Corp (Intel) memperkenalkan cip baru, Intel Atom yang dibangunkan khusus untuk kegunaan peranti Internet mudah alih (MID) dengan reka bentuk yang lebih menjimatkan tenaga.

Syarikat itu mengumumkan teknologi Intel Centrino Atom untuk platform MID mencakupi beberapa cip yang boleh memberi pengalaman Internet terbaik menggunakan peranti kecil.


Cip itu keseluruhannya dibangunkan menggunakan arkitektur baru untuk peranti kecil dan kurang menggunakan tenaga, tapi tetap mengekalkan keupayaan yang ada pada Intel Core 2 Duo di dalam PC.

Ia juga menyokong fungsi berbilang aliran tugasan untuk menambah prestasi dan meningkatkan tahap tindak balas sistem.

Kesemua kefungsian itu dimasukkan ke dalam sebuah cip kecil berukuran 25 milimeter persegi, sekali gus menjadikannya sebagai cip terkecil dan menjimatkan tenaga pernah dihasilkan Intel.

Walaupun sekecil itu, ia sebenarnya terdiri dari 11 dai pemproses Atom Intel yang dipenuhi oleh 47 juta transisitor setiap satu dai.

Cip baru yang sebelum ini dikenali dengan nama kod Silverthorne dan Diamondville akan dikilang menggunakan proses pengeluaran 45 nanometer dengan teknologi pintu keluli hi-k.

Ia juga dilengkapi spesifikasi kuasa reka bentuk termal (TDP) dalam rangkuman 0.6 hingga 2.5 watt dan skala kelajuan sehingga 1.8 Gigahertz bergantung kepada keperluan pengguna.

Sebagai perbandingan, cip pemproses mudah alih Core 2 Duo sedia ada pada hari ini mengunakan TDP 35 watt.

Pengguna utama eBay

UtusanMalaysia: FIRMA kaji selidik, AC Nielsen Research mendapati 41 peratus daripada penjual barangan Malaysia dari kalangan penjual yang serius sama ada secara aktif menjual produk dalam eBay atau menggunakannya sebagai sumber pendapatan utama.

Petunjuk itu sekali gus menunjukkan usahawan Malaysia menjadikan eBay sebagai platform utama memasarkan produk ke seluruh dunia.


Di samping sebagai penjual utama, masyarakat Malaysia juga didapati sebagai pengguna utama apabila menghabiskan sebahagian besar masa berinternet mereka dengan menelusuri barangan atau perkhidmatan di eBay.

42 peratus daripada mereka masuk ke laman eBay sekurang-kurang sekali atau tiga kali seminggu.

Pakaian, kasut dan aksesori menjadi barangan paling hangat dibeli di eBay.com.my (38 peratus), kemudian diikuti buku (36 peratus) dan komputer serta perkhidmatan sistem rangkaian (34 peratus).

Kajian eBay itu dilakukan di tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai tingkah laku perdagangan kalangan pengguna eBay.

Kajian itu juga mendapati, pembeli di eBay adalah kalangan mereka yang berpendapatan agak lumayan yang mana 75 peratus daripadanya berpendapatan sekurang-kurang RM20,000 setahun.

Secara purata, pembeli Malaysia di eBay.com.my membelanjakan kira-kira RM411 sebulan daripada keseluruhan RM542 yang dibelanjakan di dalam online.

Lain-lain petunjuk mengenai pengunjung eBay Malaysia

- 75 peratus dewasa berumur antara 25 hingga 49 tahun.

- Lebih 60 peratus llelaki.

- Kebanyakannya menghabiskan masa 29 jam seminggu beronline dan tujuh jam dihabiskan untuk membeli produk atau perkhidmatan.

- 58 peratus memasuki eBay di rumah dan 35 peratus lagi di pejabat.

- 84 peratus menggunakan talian jalur lebar.

Gajet digital haji dan umrah


Utusan Malaysia: BAGI membantu umat Islam menghafal kesemua niat dan bacaan atau doa ketika mengerjakan ibadat haji dan umrah , kini sudah ada alat mudah bawa yang dinamakan Digital Haji & Umrah.

Alat itu cukup nipis dan ringan dan lebih mudah dibawa berbanding telefon bimbit.

Saiznya kecil sahaja iaitu panjang 100 milimeter, lebar 65 milimeter dan tebal 15 milimeter dan menggunakan tiga bateri bersaiz ‘AAA.’

Peralatan itu mudah berfungsi sebagaimana kita menggunakan pemain MP3. Ia juga boleh digantung di leher ketika kita sedang menunaikan haji atau umrah.

Kita cuma perlu menekan butang tertentu di alat itu untuk mendengar bacaan yang dikehendaki.

Gajet Digital Haji & Umrah ini diedar oleh VeeCan Trading Sdn. Bhd., No. 19-1, Jalan Puteri 4/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Pengarah Pemasaran dan Jualan VeeCan Trading, Zambri Zainoan berkata, pengguna Digital Haji & Umrah itu boleh mendengar bacaan yang disediakan menggunakan fon telinga.

Menurut beliau, alat itu dilengkapi lafaz niat dan pelbagai doa sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat berkenaan.

Contohnyam, kata beliau, jika hendak mengetahui lafaz niat menaiki kenderaan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pengguna hanya perlu menekan butang bergambar kenderaan bagi mendengar bacaan berkenaan.

Satu lagi contoh, katanya, apabila seseorang itu mahu mengerjakan tawaf atau sai, alat berkenaan dilengkapi doa bagi setiap bilangan tawaf dan sai.

Bacaan

Bacaan juga disusun mengikut bilangan tawaf seperti untuk mengetahui doa semasa tawaf pertama, pengguna perlu menekan nombor satu di alat ini untuk mendengar bacaan tersebut dan begitulah seterusnya.

Bagi mendengar doa semasa sai pula menurutnya, pengguna juga perlu menekan nombor di alat ini sebagaimana untuk mengetahui doa semasa tawaf.

Selain itu, pengguna juga disediakan pelbagai doa dan bacaan semasa menunaikan ibadat itu.

“Gajet Haji & Umrah ini sesuai dijadikan alat bantuan belajar terutama bagi mereka yang mahu menunaikan kedua-dua ibadat itu,” katanya.

Selain daripada mempelajari daripada guru-guru, pendengaran bacaan doa yang berulang-ulang ini akan memudahkan sesiapa sahaja.

Keterangan lanjut mengenai Digital Haji & Umrah yang berharga RM98 itu boleh diperoleh menerusi talian pengguna VeeCan iaitu 03-80601090.

FTEC SmartBook buat si cilik


Utusan Malaysia: GAYA hidup semakin canggih kini menampilkan golongan cilik yang semakin obses terhadap teknologi maklumat (IT).

Dalam satu keluarga kini, bukan saja ibu bapa dan anak remaja yang perlukan maklumat dengan cepat malah kanak-kanak juga cepat belajar menggunakan IT.

Kini bagi melengkapi ‘sajian’ IT di kalangan kanak-kanak, sebuah syarikat komputer FTEC telah melancarkan SmartBook untuk kegunaan kanak-kanak.

Dilancarkan di IT Concept Store yang terbesar di negara ini, FTEC SmartBook disasarkan kepada kanak-kanak bagi semua peringkat usia bermula dengan pra-sekolah sebagai alat pengajaran bagi memberikan mereka akses kepada teknologi terkini.

Apa yang menarik FTEC SmartBook mudah digunakan ditambah dengan ciri yang unik bagi kemudahan kanak-kanak.

Lebih mengujakan papan kekuncinya kalis air serta mempunyai kawalan kecurian menggunakan persijilan ID digital.

Ia juga berupaya menjana beberapa aplikasi termasuk perisian pendidikan.

Komputer buku ini juga sesuai bagi penggunaan Internet-centric seperti perayauan Web, e-mel, instant messaging (mesej pantas), rangkaian sosial, tontonan video dalam talian, menonton gambar, VoIP dan bermain permainan dalam talian.

Pengarah Urusan FTEC, Tang Boon Koon berkata, akses awal kepada komputer akan membantu kanak-kanak belajar.

“Kami berharap akan melihat kesan yang positif dalam penggunaan komputer bagi membina kepakaran pemikiran kritikal, komunikasi dan celik digital.

“Menerusi pengalaman menggunakan komputer, kanak-kanak akan dapat membina kepakaran memori dan belajar bagaimana untuk mencari maklumat,” katanya semasa majlis pelancaran FTEC Smart Book di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pendidikan kini merupakan aspek yang terpenting dalam keluarga dan FTEC Smart Book yang dijual pada harga runcit bermula RM1,199 amat memberangsangkan.

Boon Koon berkata, ini merupakan langkah pertama bagi memberikan harga yang mampu dimiliki di kalangan ibu bapa.

Kerjasama dengan Intel menghasilkan netbook ini akan disasarkan bagi segmen pendidikan, kanak-kanak, pengguna komputer pertama, warga emas dan suri rumah.

Pelancaran

Pengurus Besar Intel Asia Pasifik Navin Shenoy berkata, Intel yang bekerjasama dengan FTEC gembira mengumumkan pelancaran versi pertama netbook PC di negara ini.

“Kami percaya dengan komputer peribadi yang menuju ke arah mobiliti dan industri pengkomputeran membangunkan produk dalam kelas terkini bagi menghubungkan berbilion manusia kepada Internet, Intel yakin dengan permintaan peralatan pengkomputeran mudah alih Internet centric.

“Intel percaya akses kepada teknologi yang mampu milik dan Internet adalah faktor kritikal bagi mereka bersedia bagi masa depan yang berubah dengan cepat,” kata Navin.

Malah pelancaran FTEC Smart Book membuktikan komitmen Intel dalam menyediakan teknologi kepada kanak-kanak dan melengkapkan mereka untuk menuju ke abad ke 21.

FTEC menawarkan dua model 7 inci dan 9 inci paparan LCD TFT warna

Spesifikasi

9 inci FTEC Smart Book

- Pemprosesan Intel Celeron M Ultra Low Voltage

- Wi-Fi 802.11b/g

- 9 inci warna LCD TFT

- 512MB RAM, 2GB NAND Flash

- Web kamera, USB 2.0, Linux OS

Pilihan: Ciri kawalan kecurian

Harga runcit: RM1,199

7 inci FTEC Smart Book

- Pemprosesan Intel Celeron M Ultra Low Voltage

- Wi-Fi 802.11b/g

- 7 inci warna LCD TFT

- 512MB RAM, 40GB hard disk

- USB 2.0, Linux OS

Pilihan: Tambahan RM99 bagi Window XP Starter Edition.

Harga runcit:RM1,299

Perisian multimedia terkini

Utusan Malaysia: MENERUSI perisian yang melalui penambahbaikan menyeluruh, Adobe Systems Inc. baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran perisian terbarunya Adobe Director 11 yang merupakan aplikasi perisian multimedia terkini.

Perisian tersebut membariskan pelbagai kandungan yang fleksibel dan mudah untuk digunakan dalam mencipta aplikasi interaktif, permainan video mahupun komputer, e-pembelajaran dan produk simulasi.

Perisian lengkap itu dikatakan sesuai digunakan bagi golongan seperti pengarang multimedia, juruanimasi dan pembangun multimedia.

Dalam pada itu, menerusi perisian tersebut atau gabungan dengan aplikasi Adobe Shockwave Player, pengguna kini mampu mencipta dan menerbitkan kandungan untuk laman web, cakera padat, cakera DVD dan komputer meja secara serentak.

Kehadiran perisian Director 11 juga membolehkan pengguna untuk memasukkan fail SWF Adobe Flash ke aplikasi projek perisian tersebut untuk dimainkan menerusi pemain Shockwave dan boleh diedit melalui perisian Profesional Adobe Flash CS3.

Ini membuktikan perisian yang ditambah baik itu boleh diselaraskan dengan perisian keluaran Adobe yang lain.

Selain itu, Director 11 turut membolehkan pencipta kandungan multimedia mempelbagai kreativiti rekaan 3D melalui ciri Ageia PhysX.

Director 11 juga didatangkan dengan ciri baru yang memperlihatkan sokongan kepada teknologi Adobe Flash 9 dan ‘bitmap filters dalam memudahkan proses pengubahan kontras pada imej ataupun teks.

Perisian lengkap Director 11 tersebut kini boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga runcit yang ditawarkan pada RM4,159.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat serta spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.adobe.com/products/director.

April 03, 2008

Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda


laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu


laju-xp-03 Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Kali ini saya akan tunjukkan cara - cara untuk menghubungkan dua komputer melalui LAN (Local Area Network) atau Internet. Anda boleh berkongsi folder dan fail, mahupun keseluruhan drive.

Sebelum bermula, pastikan servis - servis di bawah berfungsi pada kedua - dua komputer. Biasanya servis - servis ini telah siap sedia dipasang dalam Windows XP, jadi anda tidak perlu risau lagi. Servis-servis tersebut adalah:

* Protokol “TCP/IP” dan ”NetBEUI”
* Remote Access Service

Ikuti langkah - langkah berikut:

* Dapatkan nama bagi komputer A. Tekan Windows + Pause bagi membuka System Properties, dan pergi kepada tab Computer Name. Perhatikan nama bagi komputer tersebut pada “Full computer name”

* Pada komputer A, klik kanan pada folder yang anda ingin kongsi, dan pilih “Sharing and Security”. Pilih “Share this folder” serta nyatakan nama bagi folder yang dikongsi tersebut pada ”Share name”

* Pastikan kedua - dua komputer bersambung pada LAN.
* Pada komputer B, lancarkan Command Prompt dengan menekan Windows + R dan masukkan “cmd”
* Pada Command Prompt, masukkan arahan berikut:

* NET USE X: \\khairul\cs /USER:uname passwd
* Gantikan uname dengan user name dan passwd dengan password yang sepatutnya
* Jika anda tidak berada dalam LAN yang sama dan ingin berkongsi melalui Internet, gantikan nama komputer dengan alamat IP.

Pada komputer B, anda akan perasan satu drive baru iaitu X:. Dengan membuka drive X: ini, komputer B akan dapat mengakses folder yang telah dikongsi dari komputer A.

April 01, 2008

Install Windows Pada Laptop Dan Hard Disk Sata

Masalah selalu berlaku jika anda ingin reinstall Windows XP dalam laptop, apabila hard disk tidak dapat dikesan oleh Windows. Ini berlaku kerana laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.

Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, sewaktu proses install Windows. Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.

1. Pada paparan awal nLite “Welcome to nLite!”, klik butang Next.
2. Paparan kedua, “Locating the Windows Installation”. Di sini, anda harus memasukkan CD Windows XP. Setalah CD dimasukkan tekan pada butang browse dan pilih CD Windows XP anda tadi.
3. Satu kotak mesej akan keluar, “Select where to save the CD installation files for modification. Choose or create an empy folder.” Di sini, anda harus buat satu folder dalam hard disk anda di mana Lite akan copy segala fail dari CD Windows XP ke dalam folder tersebut.
4. Setelah folder dibuat/dipilih, nLite akan menjalankan proses menyalin, “Copying…”. Tunggu sehingga selesai dan klik butang Next.
5. Paparan Presets akan keluar. Tekan Next sahaja.
6. Paparan Task Selection akan keluar. Klik pada “Drivers” dan “Bootable ISO” dan klik pada butang Next.
7. Paparan Drivers akan keluar. Klik pada butang Insert dan pilih Single Driver. Di sini, anda harus memilih fail driver yang terdapat dalam komputer anda. Klik pada fail tersebut dan klik butang Open.
8. Sebaik-baiknya, pilih satu sahaja driver mengikut jenis OS yang sesuai. Perhatikan bahawa driver anda telah tersenarai. Klik pada butang Next.
9. Paparan “Processing…” akan keluar. Satu kotak mesej akan keluar, “Do you want to start the process?”. Klik OK. Tungu sehingga proses selesai dan klik Next.
10. Paparan Bootable ISO akan keluar. Di sini, anda boleh membuat fail ISO atau anda boleh burn terus ke dalam CD. Jika anda tidak biasa dengan fail ISO, pilih Direct Burn dari mode dan klik pada butang Burn.
11. Setelah proses Create ISO atau Diret Burn selesai, klik pada butang Next. Kemudian klik Finish setelah selesai dengan nLite.

Kini, CD yang anda telah burn tadi bolehlah digunakan untuk reinstall Windows.

(sumber http://smallman.wordpress.com)

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!