NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

April 04, 2008

Gajet digital haji dan umrah


Utusan Malaysia: BAGI membantu umat Islam menghafal kesemua niat dan bacaan atau doa ketika mengerjakan ibadat haji dan umrah , kini sudah ada alat mudah bawa yang dinamakan Digital Haji & Umrah.

Alat itu cukup nipis dan ringan dan lebih mudah dibawa berbanding telefon bimbit.

Saiznya kecil sahaja iaitu panjang 100 milimeter, lebar 65 milimeter dan tebal 15 milimeter dan menggunakan tiga bateri bersaiz ‘AAA.’

Peralatan itu mudah berfungsi sebagaimana kita menggunakan pemain MP3. Ia juga boleh digantung di leher ketika kita sedang menunaikan haji atau umrah.

Kita cuma perlu menekan butang tertentu di alat itu untuk mendengar bacaan yang dikehendaki.

Gajet Digital Haji & Umrah ini diedar oleh VeeCan Trading Sdn. Bhd., No. 19-1, Jalan Puteri 4/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Pengarah Pemasaran dan Jualan VeeCan Trading, Zambri Zainoan berkata, pengguna Digital Haji & Umrah itu boleh mendengar bacaan yang disediakan menggunakan fon telinga.

Menurut beliau, alat itu dilengkapi lafaz niat dan pelbagai doa sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat berkenaan.

Contohnyam, kata beliau, jika hendak mengetahui lafaz niat menaiki kenderaan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pengguna hanya perlu menekan butang bergambar kenderaan bagi mendengar bacaan berkenaan.

Satu lagi contoh, katanya, apabila seseorang itu mahu mengerjakan tawaf atau sai, alat berkenaan dilengkapi doa bagi setiap bilangan tawaf dan sai.

Bacaan

Bacaan juga disusun mengikut bilangan tawaf seperti untuk mengetahui doa semasa tawaf pertama, pengguna perlu menekan nombor satu di alat ini untuk mendengar bacaan tersebut dan begitulah seterusnya.

Bagi mendengar doa semasa sai pula menurutnya, pengguna juga perlu menekan nombor di alat ini sebagaimana untuk mengetahui doa semasa tawaf.

Selain itu, pengguna juga disediakan pelbagai doa dan bacaan semasa menunaikan ibadat itu.

“Gajet Haji & Umrah ini sesuai dijadikan alat bantuan belajar terutama bagi mereka yang mahu menunaikan kedua-dua ibadat itu,” katanya.

Selain daripada mempelajari daripada guru-guru, pendengaran bacaan doa yang berulang-ulang ini akan memudahkan sesiapa sahaja.

Keterangan lanjut mengenai Digital Haji & Umrah yang berharga RM98 itu boleh diperoleh menerusi talian pengguna VeeCan iaitu 03-80601090.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!