NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

April 04, 2008

Intel Atom

Utusan Malaysia: PEMBUAT cip pemproses terbesar dunia, Intel Corp (Intel) memperkenalkan cip baru, Intel Atom yang dibangunkan khusus untuk kegunaan peranti Internet mudah alih (MID) dengan reka bentuk yang lebih menjimatkan tenaga.

Syarikat itu mengumumkan teknologi Intel Centrino Atom untuk platform MID mencakupi beberapa cip yang boleh memberi pengalaman Internet terbaik menggunakan peranti kecil.


Cip itu keseluruhannya dibangunkan menggunakan arkitektur baru untuk peranti kecil dan kurang menggunakan tenaga, tapi tetap mengekalkan keupayaan yang ada pada Intel Core 2 Duo di dalam PC.

Ia juga menyokong fungsi berbilang aliran tugasan untuk menambah prestasi dan meningkatkan tahap tindak balas sistem.

Kesemua kefungsian itu dimasukkan ke dalam sebuah cip kecil berukuran 25 milimeter persegi, sekali gus menjadikannya sebagai cip terkecil dan menjimatkan tenaga pernah dihasilkan Intel.

Walaupun sekecil itu, ia sebenarnya terdiri dari 11 dai pemproses Atom Intel yang dipenuhi oleh 47 juta transisitor setiap satu dai.

Cip baru yang sebelum ini dikenali dengan nama kod Silverthorne dan Diamondville akan dikilang menggunakan proses pengeluaran 45 nanometer dengan teknologi pintu keluli hi-k.

Ia juga dilengkapi spesifikasi kuasa reka bentuk termal (TDP) dalam rangkuman 0.6 hingga 2.5 watt dan skala kelajuan sehingga 1.8 Gigahertz bergantung kepada keperluan pengguna.

Sebagai perbandingan, cip pemproses mudah alih Core 2 Duo sedia ada pada hari ini mengunakan TDP 35 watt.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!