NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!
Google
 

April 04, 2008

Pengguna utama eBay

UtusanMalaysia: FIRMA kaji selidik, AC Nielsen Research mendapati 41 peratus daripada penjual barangan Malaysia dari kalangan penjual yang serius sama ada secara aktif menjual produk dalam eBay atau menggunakannya sebagai sumber pendapatan utama.

Petunjuk itu sekali gus menunjukkan usahawan Malaysia menjadikan eBay sebagai platform utama memasarkan produk ke seluruh dunia.


Di samping sebagai penjual utama, masyarakat Malaysia juga didapati sebagai pengguna utama apabila menghabiskan sebahagian besar masa berinternet mereka dengan menelusuri barangan atau perkhidmatan di eBay.

42 peratus daripada mereka masuk ke laman eBay sekurang-kurang sekali atau tiga kali seminggu.

Pakaian, kasut dan aksesori menjadi barangan paling hangat dibeli di eBay.com.my (38 peratus), kemudian diikuti buku (36 peratus) dan komputer serta perkhidmatan sistem rangkaian (34 peratus).

Kajian eBay itu dilakukan di tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai tingkah laku perdagangan kalangan pengguna eBay.

Kajian itu juga mendapati, pembeli di eBay adalah kalangan mereka yang berpendapatan agak lumayan yang mana 75 peratus daripadanya berpendapatan sekurang-kurang RM20,000 setahun.

Secara purata, pembeli Malaysia di eBay.com.my membelanjakan kira-kira RM411 sebulan daripada keseluruhan RM542 yang dibelanjakan di dalam online.

Lain-lain petunjuk mengenai pengunjung eBay Malaysia

- 75 peratus dewasa berumur antara 25 hingga 49 tahun.

- Lebih 60 peratus llelaki.

- Kebanyakannya menghabiskan masa 29 jam seminggu beronline dan tujuh jam dihabiskan untuk membeli produk atau perkhidmatan.

- 58 peratus memasuki eBay di rumah dan 35 peratus lagi di pejabat.

- 84 peratus menggunakan talian jalur lebar.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!